Thursday, April 5, 2012

MAKSUD KOMPUTER


Komputer ialah sebarang mesin atau peranti yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada program yang ditetapkan.

Pada awalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Mesin komputer dibina untuk melakukan pengiraan matematik yang kompleks.





Kelebihan mesin komputer adalah seperti berikut:

1) pantas
Komputer dapat memproses arahan dengan begitu pantas sehingga kadar kepantasannya diukur dengan kiraan jutaan juta per saat.

2) tepat
Komputer akan melaksanakan arahan pemprosesan tepat sebagaimana yang dikehendaki (meskipun arahan itu salah logiknya atau bersifat desktruktif iaitu menjahanamkan data atau sistem).

3) pengurusan memori yang cekap.
Komputer menyimpan maklumat di dalam sistem memorinya yang kecil tetapi padat. Sistem memori ini berupaya menyimpan berjuta-juta maklumat digital di dalam ruang yang begitu kecil. Umpamanya, dokumen bersaiz A4 yang disimpan penuh di dalam bilik berkemungkinan akan dapat disimpan secara digital (fail imej) di dalam sebatang memori Flash bersaiz 8GB sahaja.

No comments:

Post a Comment